Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelbagai
57. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportMana-mana orang yang terlibat dalam pengilangan cakera optik sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan berhasrat untuk terus mengilang cakera optik pada atau selepas permulaan kuat kuasa itu hendaklah tidak lewat daripada enam bulan dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini memohon kepada Pengawal bagi mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini.
Sementara menunggu keputusan Pengawal mengenai permohonan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana terlibat dalam pengilangan cakera optik tanpa lesen.
Jika suatu lesen diberikan oleh Pengawal di bawah seksyen 7 menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh lesen itu diberikan mengambil tindakan yang perlu bagi mematuhi syarat-syarat yang dikenakan pada lesen itu.
Cakera Optik 37
Jika suatu lesen tidak diberikan oleh Pengawal di bawah seksyen 7, pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada disifatkan telah dilesenkan di bawah subseksyen itu dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan Pengawal itu atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 18, tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.