Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VIII · Pelbagai
56. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau bagi pelaksanaan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
untuk menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi apa-apa maksud
Akta ini;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 606 36
untuk menetapkan tatacara bagi membuat permohonan untuk mendapatkan lesen dan penentuan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pemberian, penyerahan balik, penggantungan, pembaharuan dan pembatalan lesen dan syarat-syarat yang akan dikenakan pada lesen itu dan tatacara yang berkaitan dengan rayuan;
untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi memungut dan mengendalikan fi itu;
untuk menetapkan bentuk daftar yang kena disimpan dan disenggara oleh Pengawal, tatacara dan perkara-perkara lain yang berhubungan dengan pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar itu dan tatacara dan perkara lain yang berhubungan dengan pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu;
untuk menetapkan bentuk rekod yang kena disimpan dan disenggara oleh pemegang lesen dan maklumat yang kena direkodkan dan pengemukaan rekod itu; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau yang perlu dan suai manfaat untuk ditetapkan.