Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XIV · Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

69. Kuasa untuk menangkap

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dilihatnya atau didapatinya melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

melakukan sesuatu kesalahan atau sesiapa yang disyakinya dengan munasabahnya terlibat melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini jika orang itu enggan atau gagal memberi nama dan tempat tinggalnya atau ada didapati alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberi nama atau tempat tinggal palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri.

(2)

Mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis yang membuat tangkapan tanpa waran hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang terdekat.

(3)

Tiada seorangpun yang telah ditangkap oleh seorang pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh dilepaskan kecuali atas bonnya sendiri atau atas jaminan atau atas perintah khas secara bertulis daripada Majistret.

Report

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules