Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XIV · Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
75. Penerimaan pernyataan dalam keterangan
Feedback & supportJika mana-mana orang dipertuduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan yang dibuat di bawah seksyen 74 atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan yang dibuat oleh orang itu kepada atau dengan dapat didengar oleh mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai berkuasa, pegawai polis lain atau orang lain, bolehlah diterima sebagai keterangan dalam pembicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, mana-mana pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa—
tiada apa-apa pernyataan boleh diterima atau digunakan seperti yang tersebut di atas—
jika pembuatan pernyataan itu didapati oleh mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang mempunyai hubungan dengan prosiding pertuduhan itu daripada seorang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi kepada orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
keburukan keduniaan berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
mengenai suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberi kepadanya dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud demikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan”; dan
sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum sempat untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh dijadikan tidak boleh terima sebagai keterangan semata-mata oleh kerana dia tidak diberi amaran jika ianya telah diberi amaran dengan seberapa segera yang boleh.
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh dengan suatu kesalahan yang subseksyen (1) terpakai kepadanya adalah tidak terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubungan dengan kes itu setelah apa-apa amaran seperti yang tersebut di atas diberi kepadanya.