Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XIV · Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
70. Penggeledahan dengan waran
Feedback & supportApabila mana-mana Majistret mendapati bahawa, setelah diberi maklumat bertulis secara mengangkat sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa sesuatu kesalahan terhadap
Akta ini, atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya sedang dilakukan dalam mana-mana rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat, dia boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis yang disebut di dalamnya, di waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat dan menggeledah dan menyita atau mengambil salinan segala buku, akaun, dokumen atau artikel lain yang mengandungi atau disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki itu telah dilakukan atau apa-apa barang lain yang berhubungan dengan kesalahan itu.
Mana-mana pegawai yang sedemikian itu jika perlu boleh melakukan—
Paten 75
memecah buka mana-mana pintu sebelah luar atau pintu sebelah dalam bagi rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat itu, dan memasukinya;
secara paksa memasuki rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
membuang secara paksa apa-apa halangan untuk memasuki, menggeledah, menyita dan membuang sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan; dan
menahan tiap-tiap orang yang didapati di dalamnya sehingga rumah kediaman, kedai, bangunan atau tempat itu selesai digeledah.