Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian XIV · Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
74. Pemeriksaan saksi
Feedback & supportSeseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 73 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mencatatkan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa itu.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mana jawapannya berkemungkinan akan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenarnya, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2)
dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini sama ada atau tidak suatu amaran telah diberi kepadanya di bawah seksyen 75 hendaklah, apabila mungkin, dicatat dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan
Paten 77
dengan cap jarinya, mengikut mana yang berkenaan, setelah pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang mungkin dikehendakinya.