Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
46. Mesyuarat pemiutang bercagar
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pentadbir Khas hendaklah, selepas cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan, menghantar melalui pos berdaftar berbayar dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini ke alamat terakhir yang diketahui orang terjejas dan setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir Khas—
suatu salinan cadangan itu;
suatu salinan laporan Penasihat Bebas;
jika difikirkan sesuai oleh Perbadanan, suatu memorandum daripada Perbadanan yang menyatakan apa-apa perkara yang pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar apabila menimbangkan cadangan itu; dan
suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen ini.
Suatu mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas hendaklah diadakan dalam masa empat belas hari selepas notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 57
Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan di bawah subseksyen (2) hendaklah memutuskan sama ada untuk meluluskan atau menolak cadangan itu.
Jika—
majoriti dalam nilai pemiutang bercagar, yang hadir dan mengundi, sama ada dengan sendiri atau melalui proksi, pada mesyuarat itu meluluskan cadangan itu; atau
tidak terdapat pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh
Pentadbir
Khas dan
Perbadanan meluluskan cadangan itu di bawah subseksyen 45(2), maka cadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan itu.
Bagi maksud perenggan (4)(a), suatu ketetapan untuk meluluskan cadangan itu dengan apa-apa ubahsuaian hendaklah disifatkan sebagai suatu penolakan cadangan itu.
Walau apa pun mana-mana undang-undang—
kelulusan atau pelaksanaan sesuatu cadangan di bawah subseksyen (4), termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, tidak membebaskan atau melepaskan apa-apa cagaran yang diberikan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apa tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh orang terjejas kepada mana-mana pemiutang orang terjejas itu;
dan
setiap cagaran itu dan apa-apa tanggungjawab atau tanggungan orang yang memberikan cagaran itu hendaklah tetap sah dan boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu walau apa pun kelulusan atau pelaksanaan cadangan itu, termasuk cadangan itu sebagaimana yang kemudiannya boleh diubahsuai di bawah seksyen 48, atau
58 Undang-Undang Malaysia apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan yang berkaitan dengan orang terjejas itu.
Kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang bercagar orang terjejas mengenai mesyuarat pemiutang bercagar itu tidak boleh menidaksahkan mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (2) dan tidak boleh menidaksahkan kesahan ketetapan yang diluluskan pada mesyuarat tersebut.
Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan ialah pemiutang bercagar orang terjejas, Perbadanan hendaklah berhak untuk hadir dan mengundi pada mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas yang diadakan oleh Pentadbir Khas di bawah subseksyen (2) atau seksyen 48.
Seseorang Pentadbir Khas yang melanggar subseksyen (1)
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX