Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan

39. Hak Pentadbir Khas ke atas aset orang terjejas

(1)

Pentadbir Khas boleh menghendaki mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan atau kawalannya aset atau buku yang orang terjejas tampak berhak kepadanya untuk menghantarkan, memberikan, menyerahkan atau memindahkan aset atau buku itu kepada Pentadbir Khas dengan serta-merta atau dalam apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Pentadbir Khas.

(2)

Jika Pentadbir Khas menyita apa-apa harta yang bukan harta orang terjejas dan pada masa penyitaan itu, mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa dia berhak untuk menyita harta itu, maka, Pentadbir Khas tidak akan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penyitaan itu melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan dengan sengaja oleh Pentadbir Khas atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya atau oleh kecuaian Pentadbir Khas sendiri.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Pentadbir

Khas di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 49

Report

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules