Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan

37. Penyiasatan hal ehwal

(1)

Pentadbir Khas boleh mengkehendaki mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen (2), dalam tempoh dua puluh satu

46 Undang-Undang Malaysia hari dari masa kehendak itu atau apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh Pentadbir Khas, menentusahkan dan mengemukakan kepada Pentadbir Khas suatu pernyataan tentang hal ehwal orang terjejas dalam borang yang ditentukan oleh Pentadbir Khas yang mengandungi—

(a)

butir-butir aset dan tanggungan orang terjejas;

(b)

nama dan alamat pemiutang orang terjejas;

(c)

cagaran yang dipegang oleh pemiutang orang terjejas yang disebut dalam perenggan (1)(b);

(d)

tarikh cagaran yang disebut dalam perenggan (1)(c)

diberikan;

(da)

suatu akuan berkanun yang dibuat menurut peruntukan

Akta Akuan Berkanun 1960, yang memperakukan bahawa malumat dalam pernyataan hal ehwal itu adalah benar dan betul; dan

(e)

apa-apa maklumat lanjut atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Pentadbir Khas.

(2)

Pentadbir Khas boleh menghendaki orang yang berikut supaya menentusahkan dan mengemukakan pernyataan hal ehwal yang disebut dalam subseksyen (1):

(a)

orang yang menjadi atau pernah menjadi pegawai orang terjejas;

(b)

orang yang pernah mengambil bahagian dalam pembentukan orang terjejas pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan Pentadbir Khas;

atau

(c)

orang yang dalam penggajian orang terjejas atau pernah berada dalam penggajiannya orang terjejas dalam tempoh dua tahun sebelum pelantikan Pentadbir Khas yang, pada pendapat Pentadbir Khas, tahu tentang maklumat yang dikehendaki.

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 47

(3)

Pentadbir Khas boleh pada bila-bila masa melepaskan seseorang daripada apa-apa kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah subseksyen (1) dan (2).

(4)

Pentadbir Khas hendaklah, apabila fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini selesai, memulangkan kepada orang terjejas apa-apa buku, pernyataan, dokumen atau apa-apa jua yang disebut di bawah subseksyen 36(1) dan seksyen 37 dan 38.

(5)

Dalam seksyen ini, “penggajian” termasuklah penggajian di bawah suatu kontrak untuk perkhidmatan dan “pegawai” termasuklah seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965).

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules