Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan

36. Kewajipan pegawai orang terjejas

(1)

Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan Pentadbir Khas—

(a)

menghantar kepada Pentadbir Khas semua buku orang terjejas yang berada dalam milikan pegawai atau pekerja itu; dan

(b)

jika pegawai atau pekerja itu mengetahui tempat letaknya buku lain yang berhubungan dengan orang terjejas itu, memaklumkan Pentadbir Khas tentang tempat letaknya buku itu.

(2)

Seseorang pegawai atau pekerja orang terjejas hendaklah—

(a)

membantu Pentadbir Khas pada bila-bila masa; dan

(b)

memberi Pentadbir Khas apa-apa maklumat berkenaan dengan aset, hal ehwal dan hal keadaan kewangan orang terjejas itu, sebagaimana yang munasabahnya dikehendaki oleh Pentadbir Khas itu.

(3)

Dalam seksyen ini, “pegawai” berhubungan dengan orang terjejas termasuklah seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah (sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mengemukakan atau menyebabkan dikemukakan apa-apa maklumat yang pada materialnya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat peninggalan yang material, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules