Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika orang terjejas berupa sebagai membuat, atau mana-mana orang berupa sebagai membuat bagi pihak orang terjejas, sesuatu urus niaga atau urusan tentang mana-mana aset orang terjejas, urus niaga atau urusan itu hendaklah menjadi batal melainkan jika—
urus niaga atau urusan itu ialah suatu urus niaga atau urusan yang dibuat oleh Pentadbir Khas; atau
kebenaran bertulis terdahulu Pentadbir Khas telah didapatkan untuk urus niaga atau urusan itu.
Mana-mana orang yang berupa sebagai membuat sesuatu urus niaga atau urusan dengan melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX