Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian IV · Kawalan Pengilangan, Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak Melalui Pelesenan
18. Membatal dan menggantung lesen
Feedback & supportJika Lembaga, dalam hal suatu lesen untuk mengilang, atau
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak, yang berkenaan dalam hal suatu lesen untuk menjual atau menyimpan untuk jualan, berpuas hati bahawa—
Racun Makhluk Perosak 31
permohonan yang berdasarkannya lesen itu telah diberikan di bawah seksyen 15 atau 17, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengandungi suatu salah nyata mengenai suatu fakta material; atau
pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat yang tertakluk padanya mana lesen itu dikeluarkan atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan,
Lembaga atau Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, tanpa menjejaskan mana-mana pendakwaan yang boleh dibawa di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, tetapi tertakluk pada subseksyen (2), membatalkan lesen itu, menggantungnya bagi tempoh yang difikirkan patut oleh Lembaga atau Pegawai Pelesenan Racun
Makhluk Perosak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau enggan memperbaharui lesen itu.
Sebelum bertindak di bawah subseksyen (1), Lembaga atau
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi pemegang lesen yang berkenaan suatu peluang untuk menunjukkan sebab mengapa tindakan itu tidak patut diambil.