Seksyen 17
Lesen untuk menjual atau menyimpan racun makhluk perosak
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
Seseorang yang berhasrat untuk menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan, memohon bagi mendapatkan suatu lesen bagi maksud itu kepada Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak bagi kawasan yang dalamnya dia bermastautin atau, dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau firma, yang dalamnya pertubuhan perbadanan atau firma itu mempunyai tempat atau tempat utama perniagaannya.
(2)
Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat dengan sewajarnya di bawah subseksyen (1) dan mengikut kaedah-kaedah,
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak boleh mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen mengikut bentuk yang ditetapkan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 149
tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh
Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu patut dikenakan, jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
racun makhluk perosak yang kepadanya permohonan itu adalah berkaitan adalah pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini; dan
(b)
pemohon itu sedar tentang keracunan racun makhluk perosak itu dan akan risiko yang terlibat dalam penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak itu.
(3)
Sesuatu lesen di bawah seksyen ini —
(a)
tidak boleh membenarkan penjualan atau penyimpanan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak di premis yang lebih daripada satu bilangannya;
(b)
hendaklah menyatakan premis tempat penjualan atau penyimpanan untuk jualan racun makhluk perosak itu dibenarkan;
(c)
boleh membenarkan kedua-dua penjualan dan penyimpanan untuk jualan satu racun makhluk perosak atau lebih, yang mungkin daripada kelas racun makhluk perosak yang sama atau kelas racun makhluk perosak yang berlainan, di premis yang dinyatakan; dan
(d)
adalah sah bagi tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan tetapi boleh diperbaharui apabila dibayar bayaran permohonan yang ditetapkan.