Skip to content
In forceUpdated to 15 Mar 2023Read it in English

Bahagian IV · Kawalan Pengilangan, Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak Melalui Pelesenan

20. Kesalahan yang berhubungan dengan pengilangan, penjualan, dan penyimpanan untuk jualan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mengilang, menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak melainkan jika dia diberi lesen untuk berbuat demikian di bawah Akta ini atau selainnya mengikut syarat sesuatu lesen untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak selain di suatu premis yang dinyatakan dalam suatu lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 17.

(3)

Tiada seorang pun, sama ada dia seorang yang diberi lesen atau tidak di bawah Akta ini, boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak yang salah jenama atau yang pada masa ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

(4)

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama enam tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Kawalan Kehadiran Racun Makhluk Perosak dalam Makanan

Bahagian VI

Kematian dan Kecederaan yang Disebabkan Oleh Racun Makhluk Perosak

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Cerakinan

Bahagian IX

Prosiding

Bahagian X

Bahagian XI

Pindaan, Pemansuhan dan Pengecualian Undang-Undang yang Berkaitan

Bahagian I

Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

Schedules