Skip to content

Seksyen 23

Kuasa untuk meminta, memilih dan mengambil contoh

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 25 of 66
Seksyen 23
(1)

Apabila dibayar atau diberi kepada seseorang yang menjual apa-apa makanan, atau kepada ejen atau penjawatnya, harga pasaran semasa masa itu makanan itu, jika diminta, seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta, memilih dan mengambil atau memperoleh contoh makanan itu bagi maksud cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu adalah makanan tercemar.

(2)

Jika mana-mana makanan disimpan untuk dijual runcit dalam suatu bungkusan tidak terbuka, pegawai yang diberi kuasa tidak boleh meminta atau mengambil kurang daripada kesemua kandungan bungkusan itu.

(3)

Seseorang yang enggan atau abai untuk mematuhi suatu permintaan yang dibuat oleh seorang pegawai yang diberi kuasa menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.