Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian V · Kawalan Kehadiran Racun Makhluk Perosak dalam Makanan
24. Hak untuk mendapatkan makanan dicerakinkan
Feedback & supportSeseorang yang telah membeli apa-apa makanan adalah, apabila membayar bayaran yang ditetapkan, berhak mendapatkan suatu contoh makanan itu dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu ialah makanan tercemar, dan untuk menerima daripada Ahli Cerakinan itu suatu perakuan cerakinan.
Seseorang, selain penjual makanan itu, boleh, apabila membayar bayaran ditetapkan dan kos contoh itu, menghendaki seorang pegawai yang diberi kuasa untuk membeli suatu contoh mana-mana makanan dan mengemukakannya bagi dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu ialah
Racun Makhluk Perosak 35
makanan tercemar.