Seksyen 37
Hak untuk mencerakinkan racun makhluk perosak
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
ActIn forceProvision 40 of 66
Seksyen 37
(1)
Seseorang yang telah membeli sesuatu racun makhluk perosak adalah, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, berhak untuk memperoleh sesuatu contoh racun makhluk perosak yang dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan dan untuk menerima daripadanya suatu perakuan cerakinan.
(2)
Seseorang, selain penjual racun makhluk perosak itu, boleh, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan dan kos contoh itu, menghendaki seseorang pegawai yang diberi kuasa untuk membeli suatu contoh mana-mana racun makhluk perosak dan mengemukakannya supaya dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan.