Seksyen 40
Mendapatkan bayaran dan perbelanjaan lain
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
ActIn forceProvision 43 of 66
Seksyen 40
(1)
Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan mahkamah boleh memerintahkan supaya semua bayaran dan perbelanjaan lain yang dilakukan berkenaan dengan cerakinan mana-mana makanan atau racun makhluk perosak berkenaan dengannya sabitan itu didapati, termasuk suatu cerakinan yang dibuat menurut seksyen 36, dibayar oleh orang itu.
(2)
Semua bayaran dan perbelanjaan itu boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu denda boleh didapatkan.