Skip to content

Seksyen 39

Perakuan Ahli Cerakinan hendaklah menjadi keterangan prima facie

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 42 of 66
Seksyen 39
(1)

Suatu perakuan cerakinan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seorang Ahli Cerakinan dan yang mematuhi subseksyen 38(2)

hendaklah, apabila dikemukakannya oleh pendakwa, menjadi keterangan yang cukup bagi fakta yang dinyatakan dalamnya melainkan jika tertuduh menghendaki Ahli Cerakinan itu dipanggil sebagai seorang saksi, yang dalam hal itu dia hendaklah memberi notis berkenaan dengannya kepada pendakwa itu tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu.

(2)

Demikian juga suatu perakuan cerakinan sedemikian hendaklah, apabila dikemukakannya oleh tertuduh, menjadi keterangan yang cukup bagi fakta yang dinyatakan dalamnya melainkan jika pendakwa menghendaki Ahli Cerakinan itu dipanggil sebagai seorang saksi, yang dalam hal itu dia hendaklah memberikan notis berkenaan dengannya kepada tertuduh itu tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu.

(3)

Jika tertuduh bercadang untuk menggunakan sebagai keterangan sesuatu perakuan cerakinan seorang Ahli Cerakinan, dia hendaklah menghantar kepada pendakwa suatu salinan terperaku perakuan itu sekurang-kurangnya empat belas hari genap sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu, dan jika salinan itu tidak dihantar sedemikian mahkamah boleh menangguhkan pendengaran itu atas sebarang terma sebagaimana yang difikirkannya patut.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 149