Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XV
100. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud berikut:
untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pengeluaran lesen perkhidmatan sejagat dan lesen perkhidmatan bukan sejagat di bawah Akta ini;
untuk menetapkan tatacara bagi Suruhanjaya dalam penjalanan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini;
untuk menetapkan bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini;
untuk mentakrifkan ruang lingkup dan pengecualian perkhidmatan sejagat;
untuk menetapkan pemegang lesen perkhidmatan sejagat sebagai Pengendali Pos Ditetapkan;
untuk menetapkan bantuan kewangan bagi perkhidmatan sejagat;
untuk menetapkan kadar yang hendak dibayar berkenaan dengan produk dan perkhidmatan dalam perkhidmatan sejagat;
untuk menetapkan fi dan caj di bawah Akta ini, yang termasuklah untuk mengecualikan bayaran apa-apa fi dan caj pada terma dan syarat yang Menteri sifatkan sesuai;
untuk menetapkan mengenai perkara filateli dan pengeluaran setem pos;
untuk menetapkan semua perkara mengenai perkhidmatan kewangan pos;
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 741
untuk menetapkan semua perkara berhubung dengan pelindungan pengguna;
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan;
untuk menetapkan pelaksanaan dan perkara-perkara lain yang berhubung dengan sistem poskod dan pengalamatan;
untuk menetapkan semua perkara yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya dibuat melalui peraturan-peraturan; dan
untuk menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.