Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian XV
101. Kuasa Suruhanjaya untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & supportSuruhanjaya boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
standard pengalamatan yang digunakan dalam penyediaan barang pos untuk serahan;
standard prestasi perkhidmatan pos;
standard prestasi perkhidmatan pelanggan pejabat pos;
keselamatan perkhidmatan pos;
standard teknikal bagi penyediaan perkhidmatan pos;
peti-peti surat dan kemudahan lain serta kegunaan standardnya untuk perkhidmatan pos;
capaian hiliran dan pengenal pasti pos;
terma dan syarat am pemegang lesen;
Perkhidmatan Pos 79
had liabiliti pemegang lesen;
tatacara pengendalian aduan;
skim pampasan bagi kegagalan prestasi perkhidmatan;
barang pos yang dilarang;
penyediaan perkhidmatan sampingan menerima, mengumpul, menyisih, mengirim dan menyerahkan barang pos;
barang pos yang tidak dapat diserah dan dilencongkan;
peruntukan mengenai pelupusan barang pos yang telah dibuka;
cara menyimpan rekod; dan
apa-apa perkara lain yang baginya Akta ini membuat peruntukan nyata supaya kaedah-kaedah dibuat oleh
Suruhanjaya.