Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian II · Fungsi Suruhanjaya
6. Pemantauan dan pelaporan kepada Menteri
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah memantau semua perkara penting berhubung dengan prestasi pemegang lesen dan membuat laporan kepada Menteri pada akhir setiap tahun kewangan Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah memantau dan melaporkan perkara-perkara yang berikut:
pentadbiran dan penguatkuasaan Akta ini;
keadaan persekitaran persaingan;
mutu perkhidmatan sejagat yang diberikan kepada para pengguna di seluruh Malaysia;
kecekapan dan mutu penyediaan perkhidmatan pos oleh pemegang-pemegang lesen;
kadar-kadar yang dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan pos;
apa-apa kekurangan dalam ruang lingkup atau pengendalian
Akta ini; dan
perkara-perkara lain yang Menteri sifatkan perlu.
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan itu mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dengan secepat yang dapat dilaksanakan berikutan dari tarikh Suruhanjaya menyerahkan laporan itu kepada
Menteri.
Perkhidmatan Pos 21