Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian II · Fungsi Suruhanjaya

5. Memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsinya bagi memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat kepada semua pengguna di dalam Malaysia mengikut prinsip-prinsip berikut:

(a)

ruang lingkup perkhidmatan sejagat hendaklah dibentukkan dan ditentukan dengan jelas;

(b)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia untuk semua orang dalam Malaysia kecuali dalam keadaan geografi atau hal keadaan lain yang ditentukan oleh Menteri;

(c)

perkhidmatan sejagat hendaklah boleh diakses melalui tempat-tempat akses yang secukupnya bagi memenuhi keperluan semua pengguna;

(d)

perkhidmatan sejagat hendaklah tersedia kepada semua pengguna di bawah terma dan syarat yang telus, objektif dan tidak mendikriminasikan;

(e)

keselamatan dan kerahsiaan barang pos hendaklah terpelihara;

(f)

perkhidmatan sejagat hendaklah ditawarkan secara kekal tanpa gangguan kecuali dalam hal-hal force majeure;

(g)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada standard kualiti munasabah; dan

(h)

perkhidmatan sejagat hendaklah disediakan pada kadar mampu ke seluruh Malaysia.

(2)

Dalam memastikan penyediaan perkhidmatan sejagat yang sewajarnya, Menteri boleh, dengan syor daripada Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan tentang apa-apa perkara berkaitan dengan perkhidmatan sejagat bagi maksud subseksyen (1).

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Report

Bahagian III

Kuasa dan Tatacara Menteri

Bahagian IV

Peruntukan Pelesenan

Bahagian V

Peruntukan Berhubung Dengan Pemegang Lesen Perkhidmatan Sejagat

Bahagian VI

Terma dan Syarat Am Perkhidmatan Pos

Bahagian VII

Perkhidmatan yang Lain

Bahagian VIII

Pengawalseliaan Kadar

Bahagian IX

Amalan Persaingan Am

Bahagian X

Pelindungan Pengguna

Bahagian XI

Sistem Poskod dan Pengalamatan Serta Pengenal Pasti Pos

Bahagian XII

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian XIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules