Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Menteri berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit telah bermula di mana-mana kawasan di Malaysia, atau bahawa mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan tempatan jangkitan.
Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit di dalam atau daripada sesuatu kawasan tempatan jangkitan.
Selama berkuat kuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka—
dirawat atau diimunisasi;
diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau
dikenakan apa-apa langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa untuk mengawal penyakit itu.
Adalah sah bagi seseorang pegawai diberi kuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
dipatuhi.
Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 342
Bahagian V
Bahagian VI