Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian, pegawai diberi kuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang mana-mana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberi kuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya—
telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu berpuas hati; atau
tidak perlu dibasmi kuman, mengikut mana-mana yang berkenaan.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 342
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.
Bahagian V
Bahagian VI