Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English

Bahagian IV · Mengawal Merebaknya Penyakit Berjangkit

12. Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit

(1)

Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota keluarga atau rumahnya sendiri.

(2)

Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(4)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya di tempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.

Report

Bahagian V

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules