Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

Bahagian IV · Jagaan dan Pengalihan Banduan

30. Pengemukaan di hadapan mahkamah

Feedback & support
(1)

Apabila kehadiran seseorang banduan dikehendaki dalam sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil atau jenayah, mahkamah itu boleh mengeluarkan suatu perintah dalam bentuk yang ditetapkan dialamatkan kepada Pegawai yang Menjaga yang menghendaki pengemukaan banduan itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Apabila menerima perintah itu, Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkan banduan yang dinamakan dalam perintah itu dibawa sebagaimana diarahkan dan hendaklah memberikannya jagaan yang selamat semasa dia tidak berada di penjara.

(3)

Sekiranya sesuatu penangguhan mengenai perkara yang baginya kehadiran banduan itu adalah dikehendaki, mahkamah boleh, melalui pengendorsan pada perintah itu, menghendaki banduan itu dibawa semula pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4)

Sesuatu perintah yang dikeluarkan dari

Mahkamah

Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi boleh ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah, dan jika dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah lain hendaklah ditandatangani oleh Hakim

Mahkamah Sesyen, Majistret, Pendaftar atau mana-mana pegawai pengetua mahkamah lain, mengikut mana-mana yang berkenaan.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 537

Report

Bahagian V

Pekerjaan dan Tatatertib Penjara

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules