Skip to content
In forceUpdated to 12 Dec 2025Read it in English

Bahagian IV · Jagaan dan Pengalihan Banduan

37. Banduan yang sakit

Feedback & support
(1)

Dalam hal seseorang banduan yang dikurung dalam penjara mengalami sakit yang serius yang penjara itu tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi bagi rawatan banduan itu, Pegawai yang

Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang bertugas, boleh, atas perakuan seorang Pegawai

Perubatan, membuat suatu perintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospital kerajaan.

(2)

Jika Pegawai Perubatan tidak ada untuk mengeluarkan perakuan bagi maksud subseksyen (1), Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara yang terkanan selepasnya yang bertugas, boleh membuat suatu perintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospital kerajaan, tanpa perakuan seorang

Pegawai Perubatan.

(3)

Jika pada pendapat pegawai perubatan sesuatu hospital kerajaan bahawa adalah perlu bagi seseorang banduan yang dialihkan ke hospital kerajaan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk dimasukkan dan terus berada di hospital kerajaan itu, pegawai perubatan hospital kerajaan itu hendaklah menghantar suatu perakuan yang menyatakan hakikat itu kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang darinya banduan itu telah dialihkan—

(a)

semasa banduan itu dimasukkan ke hospital kerajaan itu;

dan

(b)

semasa banduan itu dibenarkan keluar dari hospital kerajaan itu.

Report

Bahagian V

Pekerjaan dan Tatatertib Penjara

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara

Bahagian VIII

Bab

Bab 24] itu telah tidak dimansuhkan; dan

Schedules