Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian IV · Jagaan dan Pengalihan Banduan
32. Pengalihan dan pemindahan banduan
Feedback & supportKomisioner Jeneral boleh, melalui perintah secara bertulis, mengalihkan atau memindahkan semua atau mana-mana banduan yang dikurung dalam sesuatu penjara ke mana-mana penjara lain.
Tiada banduan yang dialihkan di bawah subseksyen (1) semasa berada dalam jagaan seseorang pegawai penjara disifatkan telah melarikan diri walaupun dia dibawa ke bidang kuasa yang berlainan atau ke tempat kurungan yang berlainan.
Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak perlu untuk mengenal pasti seseorang banduan melalui nama dalam perintah itu, tetapi adalah mencukupi untuk memerihalkan banduan itu dengan menyebut kerakyatan atau hukumannya atau dengan apa-apa perihalan am lain yang serupa.
Penjara 29