Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian IV · Jagaan dan Pengalihan Banduan
38. Pemulangan ke penjara
Feedback & support(1)
Jika seseorang banduan yang dialihkan ke hospital di bawah seksyen 37 adalah, pada pendapat pegawai perubatan hospital itu, tidak lagi perlu untuk terus berada di hospital itu, maka pegawai perubatan itu hendaklah menghantar suatu perakuan yang menyatakan fakta itu kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang darinya banduan itu telah dialihkan.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 537
(2)
Apabila menerima perakuan yang tersebut dalam subseksyen (1), Pegawai yang Menjaga hendaklah menyebabkan banduan itu dibawa balik ke penjara, jika dia masih lagi kena dikurung dalam penjara itu.