Akta Penjara 1995 · Updated to 12 Dec 2025 · Bahagian IV · Jagaan dan Pengalihan Banduan
41. Jagaan khas dalam hospital
Feedback & supportJika disebabkan beratnya kesalahan yang kerananya banduan boleh berada dalam jagaan atau kerana apa-apa sebab lain, Pegawai yang Menjaga berpendapat adalah wajar untuk mengambil langkah-langkah khas bagi keselamatan seseorang banduan semasa menjalani rawatan dalam sesuatu hospital, Pegawai yang Menjaga boleh, sekiranya tidak ada pegawai penjara, menempatkan banduan
Penjara 33
itu dalam jagaan dua orang atau lebih daripada dua orang yang layak dan sesuai, seorang daripadanya hendaklah berada dengan banduan pada setiap masa—
yang hendaklah diletakhakkan dengan kuasa dan kewenangan penuh untuk melakukan semua perkara yang perlu untuk mencegah banduan itu daripada melarikan diri; dan
yang adalah bertanggungjawab bagi jagaan selamat banduan itu—
sehingga masa banduan itu diserahkan kepada seorang pegawai penjara apabila dia dibenarkan keluar dari hospital itu; atau
sehingga masa apabila tempoh pemenjaraan banduan itu habis,