Seksyen 11
Pendaftaran atau tanpa pendaftaran tidak menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan
of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
ActIn forceProvision 11 of 16
Seksyen 11
Tiada apa-apa pendaftaran atau ketinggalan untuk mendaftar sesuatu pengangkatan akan menyentuh keesahan sesuatu pengangkatan; dan dengan syarat bahawa anak angkat, orang yang mengangkatnya dan pihak-pihak yang mempersetujuinya dapat dikenali dengan ketentuan yang munasabah melalui butir-butir yang direkodkan di dalam buku nota Pendaftar, tiada kesilapan dalam butir-butir yang direkod di dalam Daftar dan tiada apa-apa ketinggalan untuk merekod apa-apa butir yang seharusnya direkod akan menyentuh keesahan pendaftaran pengangkatan itu.