Skip to content

Seksyen 13

Pindaan bagi daftar

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 13 of 16
Seksyen 13
(1)

Seseorang Pendaftar yang mempunyai jagaan terhadap daftar di dalam mana suatu pengangkatan telah didaftarkan mengikut

Akta ini melalui permohonan dalam cara yang telah ditetapkan dan apabila dibayar fi yang telah ditetapkan oleh orang atau suami isteri yang memohon untuk pendaftaran atau oleh anak itu, boleh meminda daftar dengan membetulkan apa-apa kesilapan di dalam butir-butir yang terkandung di dalamnya; dan jika sesuatu catatan di dalam daftar telah dipinda salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserah atau dihantar kepada orang atau suami isteri atau kepada anak itu dan suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar hendaklah dihantar kepada Pendaftar Besar dalam tempoh sebagaimana yang akan ditetapkan.

(2)

Peguam Negara boleh memohon kepada Mahkamah Sesyen untuk membatalkan pendaftaran sesuatu pengangkatan dalam cara yang akan diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah dan mahkamah hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat dalam tiap-tiap permohonan itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut sekiranya mahkamah memerintahkan sedemikian.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 253

(3)

Jika didapati dalam sesuatu prosiding oleh mahkamah yang tidak rendah daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama bahawa sesuatu pengangkatan yang didaftarkan mengikut Akta ini adalah tidak sah dan mahkamah memerintahkan sedemikian, suatu salinan perintah tersebut hendaklah dihantar kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.

(4)

Mana-mana orang, sama ada menjadi pihak kepada prosiding atau tidak, yang terkilan oleh sesuatu keputusan mahkamah di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu ke Mahkamah Tinggi atau ke

Mahkamah Persekutuan (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dengan cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Jawatankuasa Kaedah-Kaedah.