Skip to content

Seksyen 12

Carian dan salinan yang diperakui mengenai catatan dalam daftar pengangkatan

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 12 of 16
Seksyen 12
(1)

Pendaftar

Besar dan tiap-tiap

Pendaftar hendaklah menyebabkan indeks dibuat bagi daftar-daftar pengangkatan yang disimpan olehnya, dan mana-mana orang apabila memohon kepada

Pendaftar Besar atau Pendaftar, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan adalah berhak membuat carian dalam daftar pengangkatan dan indeksnya, dan meminta salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar tersebut.

Pendaftaran Pengangkatan 11

(2)

Tiap-tiap salinan yang diperakui mengenai sesuatu catatan di dalam daftar pengangkatan, jika salinan tersebut berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang yang diamanahkan di bawah Akta ini dengan penjagaan sesuatu daftar pengangkatan, hendaklah diterima bagi segala maksud dan dalam semua mahkamah sebagai keterangan terhadap pengangkatan yang mana ia berkaitan, dan, jika catatan itu mengandungi rekod terhadap tarikh lahir anak angkat itu, hendaklah diterima bukan hanya sebagai keterangan terhadap pengangkatan tetapi juga sebagai keterangan terhadap tarikh lahir anak angkat itu, tanpa pembuktian selanjutnya terhadap daftar tersebut atau terhadap sesuatu catatan di dalamnya atau terhadap tandatangan tersebut, tetapi tidak bagi keesahan pengangkatan tersebut; tetapi mahkamah boleh, dengan ketiadaan apa-apa keterangan yang sebaliknya, menganggap sesuatu pengangkatan yang didaftarkan sedemikian sebagai sah dan beban membukti bahawa tidak ada pengangkatan yang sah hendaklah terletak ke atas orang yang menyatakan sedemikian.