Skip to content

Seksyen 8

Pihak dan saksi terikat untuk bercakap benar

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 8 of 16
Seksyen 8

(1)

Tiap-tiap orang yang memberi keterangan di hadapan

Pendaftar adalah terikat untuk menyatakan yang benar dan menjawab dengan benar semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh

Pendaftar.

(2)

Seseorang yang memberi apa-apa keterangan dalam sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini yang dia mengetahui adalah tidak benar, atau yang melakukan sesuatu perbuatan lain yang sekiranya dilakukan dalam sesuatu prosiding kehakiman boleh dihukum di bawah Bab XI Kanun Keseksaan [Akta 574], apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam Bab itu

Pendaftaran Pengangkatan 9

dengan cara yang sama seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan dalam atau berhubungan dengan suatu prosiding kehakiman.

Kuasa Pendaftar