Skip to content

Seksyen 7

Salinan pendaftaran hendaklah diserahkan kepada pemohon

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 7 of 16
Seksyen 7
(1)

Atas pendaftaran sesuatu pengangkatan mengikut seksyen 6

suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar yang ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserah atau dihantar kepada orang atau suami isteri yang memohon pendaftaran tersebut dan suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana ditetapkan, kepada Pendaftar

Besar; dan semua salinan yang diperakui itu adalah menjadi daftar pengangkatan Pendaftar Besar.

(2)

Sekiranya butir-butir yang terkandung dalam suatu salinan yang diperakui mengenai catatan di dalam daftar berkenaan dengan sesuatu pengangkatan, apabila dikemukakan kepada Pendaftar Besar mengikut subseksyen (1), didapati oleh Pendaftar Besar adalah serupa dengan butir-butir suatu pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan mengikut Akta ini, dia hendaklah mengembalikan salinan yang diperakui tersebut kepada Pendaftar yang menghantarnya berserta butir-butir pengangkatan yang pendaftarannya telah dibatalkan dan Pendaftar tersebut hendaklah selepas itu memanggil pihak-pihak untuk menunjukkan sebab mengapa pendaftarn pengangkatan tersebut tidak patut dibatalkan dan jika pihak itu gagal untuk menunjukkan sebab Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran pengangkatan tersebut.