Skip to content

Seksyen 4

Perlantikan Pendaftar Pengangkatan

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 4 of 16
Seksyen 4
(1)

Yang Di-Pertuan Agong boleh melantik atas nama atau jawatan beberapa pegawai awam atau pekerja Dato’ Bandar yang dilantik di bawah *seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

[Akta 190] sebagaimana difikirkannya patut sebagai Pendaftar

Pengangkatan bagi Wilayah Persekutuan atau bagi sesuatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikan itu bagi maksud Akta ini atau sebagai dan untuk bertindak sebagai Timbalan mana-mana

Pendaftar sedemikian semasa Pendaftar itu tidak ada di Wilayah

Persekutuan atau di kawasan itu atau sakit atau apabila jawatannya kosong buat sementara waktu.

(2)

Raja atau Yang Dipertua Negeri mana-mana negeri boleh melantik beberapa pegawai awam, atas nama atau jawatan, sebagai

Pendaftar Pengangkatan bagi Negeri atau sesuatu kawasan sebagaimana dinyatakan dalam pelantikan itu bagi maksud Akta ini atau sebagai dan untuk bertindak sebagai Timbalan mana-mana

Pendaftar sedemikian semasa Pendaftar itu tidak ada di Negeri atau di kawasan itu atau sakit atau apabila jawatannya kosong buat sementara waktu.