Skip to content

Seksyen 6

Pendaftaran pengangkatan de facto

of Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

ActIn forceProvision 6 of 16
Seksyen 6
(1)

Jika pada tarikh permohonan untuk pendaftaran dibuat seseorang anak di bawah umur lapan belas tahun yang belum pernah berkahwin berada dalam jagaan, dan sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang, atau oleh pasangan suami isteri bersesama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun yang berterusan dan sebelum sahaja tarikh permohonan tersebut, telah berada dalam jagaan dan telah dibesarkan, ditanggung dan dididik sedemikian, Pendaftar, atas permohonan, dalam bentuk dalam Jadual Pertama, daripada orang atau suami isteri tersebut, boleh mendaftar pengangkatan itu sekiranya −

(a)

orang atau suami isteri dan anak itu hadir di hadapan

Pendaftar dan mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa keterangan sama ada secara lisan atau dokumentar yang memuaskan Pendaftar bahawa pengangkatan tersebut telah berlaku;

(b)

ibu bapa atau salah seorang daripada mereka, atau sekiranya kedua-duanya telah mati atau tiada seorangpun daripada mereka berada di Semenanjung Malaysia, mana-mana penjaga anak itu hendaklah hadir di hadapan

Pendaftar dan menyatakan persetujuan terhadap pengangkatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpuas hati bahawa dalam semua keadaan hal itu adalah adil dan saksama dan bagi kebajikan anak itu dia boleh mengecualikan persetujuan daripada mana-mana ibu atau bapa atau penjaga anak itu atau mengecualikan kehadiran mana-mana ibu bapa atau penjaga yang akan menyatakan persetujuan melalui akuan berkanun; dan

(c)

fi yang ditetapkan telah dibayar.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 253

(2)

Pendaftar hendaklah mendaftar sesuatu pengangkatan dengan memasukkan butir-butir mengenainya dalam daftar.