Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969
Feedback & supportRegistering certain criminals, banishees, expelees and deporteesLong title
Suatu Akta bagi menyatukan dan meminda undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi pendaftaran penjenayah, orang dibuang negeri, diusir, dinyah negeri dan orang terhad tertentu dan bagi maksud lain yang bersangkutan dengannya.
In force · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Pendaftaran
Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969.
Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pegawai pengesahan” ertinya—
pegawai pendakwa yang bertanggungjawab bagi mengesahkan keputusan sesuatu kes apabila tamatnya kes itu jika seseorang itu dipertuduh dengan suatu kesalahan boleh daftar;
pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pembuangan bagi orang dibuang negeri keluar dari Persekutuan dan bagi mengesahkan pembuangan negeri itu;
s 7BSection 7B
FM Page 5 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
6
Undang-Undang Malaysia
pegawai polis yang bertanggungjawab bagi menyampaikan perintah pengenyahan kepada orang dinyah dan bagi mengesahkan pengenyahan itu;
pegawai imigresen atau pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pengusiran orang diusir dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan dan bagi mengesahkan pengusiran itu; atau
berhubung dengan seseorang yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan bagi sesuatu tempoh kerana suatu kesalahan boleh daftar, mana-mana pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan berhubung dengan penjara) yang bertanggungjawab bagi mengesahkan pemenjaraan itu;
“mengesahkan” ertinya melaksana fungsi seorang pegawai pengesahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini;
“orang dibuang negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dibuang negeri dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri;
“orang diusir” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diusirkan dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam
Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam
Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen;
“orang dinyah negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dinyahkan dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri;
“cap jari” termasuklah cap ibu jari tangan, cap tangan dan cap ibu jari kaki;
“borang cap jari” ertinya apa jua borang yang ditetapkan oleh
Ketua Polis Negara menurut seksyen 15 bagi maksud merekodkan atau mengesahkan cap jari dan butir-butir boleh daftar yang lain;
“pegawai merekod” ertinya—
seorang pegawai polis;
seorang pegawai kastam atau eksais yang hak
(mengikut pengertian mana-mana undang-undang 7B.FM Page 6 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 7
bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kastam dan eksais) yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah undang-undang itu;
seorang pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan penjara) selain seorang pegawai penjara yang juga seorang pegawai pengesahan;
atau
seorang pegawai imigresen yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen;
“daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 7;
“Pendaftar” ertinya—
Pendaftar Penjenayah; dan
mana-mana orang atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 3;
“kesalahan boleh daftar” ertinya apa-apa kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua;
“butir-butir boleh daftar” ertinya—
butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar;
butir-butir mengenai apa-apa perintah yang berhubungan dengan orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad;
nama, perihalan, gambar foto dan cap jari atau pengelasan cap jari bagi mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar, atau bagi mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad;
butir-butir yang disifatkan oleh Menteri sebagai butir-butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(a);
s 7BSection 7B
FM Page 7 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
8
Undang-Undang Malaysia
butir-butir yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai butir-butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(b); atau
butir-butir mengenai mana-mana orang yang telah diambil dan direkodkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan di bawah Akta ini;
“orang terhad” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diletakkan di bawah kediaman terhad di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kediaman terhad.
s 3Pelantikan pegawai
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta bagi maksud Akta ini—
seorang Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan;
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian
Persekutuan; dan
mana-mana pegawai lain bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian Persekutuan untuk menjalankan mana-mana atau semua fungsi Pendaftar.
Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—
menyifatkan bagi maksud Akta ini butir-butir (yang dikemukakan kepada Pendaftar) mengenai orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan (sama ada suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta ini atau selainnya) di dalam mana-mana negara atau butir-butir mengenai orang yang dibuang negeri, dinyahkan atau diusir dari mana-mana negara atau dari mana-mana bahagian sesuatu negara di luar Persekutuan sebagai butir-butir boleh daftar; atau 7B.FM Page 8 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 9
mengisytiharkan bagi maksud Akta ini mana-mana butir (selain butir-butir boleh daftar yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (d) dalam takrif “butir-butir boleh daftar”) sebagai butir-butir boleh daftar.
Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) mungkin secara am berkenaan dengan apa-apa butir atau kesalahan atau mungkin secara khas berkenaan dengan mana-mana negara atau mana-mana bahagian sesuatu negara atau berkenaan dengan orang perseorangan, suatu golongan orang perseorangan yang tertentu atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan.
s 5Fungsi pegawai merekod
Pegawai merekod yang menjaga sesuatu kes hendaklah mengambil atau menyebabkan supaya diambil dan direkodkan cap jari, gambar foto dan butir-butir boleh daftar yang lain dalam borang cap jari mengenai mana-mana orang (selain butir-butir mengenai apa-apa sabitan, hukuman atau perintah lain mahkamah berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar manakala tamatnya kes itu)—
apabila seseorang itu ditangkap kerana sesuatu kesalahan boleh daftar; atau
apabila seseorang itu disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar melainkan jika butir-butir boleh daftarnya itu telahpun diambil di bawah perenggan (a); dan
apabila seseorang itu, selain disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar, dihukum dengan pemenjaraan selama sesuatu tempoh;
apabila seseorang itu tidak ditangkap tetapi disaman supaya hadir dalam mahkamah atas pertuduhan mengenai suatu kesalahan boleh daftar dan apabila dia kemudiannya disabitkan, atau didapati bersalah tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana-mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh Mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu 7B.FM Page 9 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
10
Undang-Undang Malaysia kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan) kecuali jika seseorang itu cuma ditegur atau diberi amaran atau dilepaskan; atau
apabila seseorang orang dibuang negeri, dinyah negeri, diusir atau orang terhad dibuang negeri, dinyahkan atau diusir atau diletakkan di bawah suatu perintah kediaman terhad mengikut kehendak keadaan, dan hendaklah mengemukakan borang cap jari itu kepada Pendaftar dan Pendaftar itu hendaklah (tertakluk kepada Akta ini)
menyimpan borang itu.
s 6Fungsi pegawai pengesahan
Seorang pegawai pengesahan hendaklah mengesahkan borang cap jari—
manakala tamatnya kes itu jika seseorang —
dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar;
didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana-mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan; atau
disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar;
apabila seseorang orang dibuang negeri itu pada kesudahannya dibawa keluar dari Persekutuan;
apabila suatu perintah pengenyahan disampaikan kepada seorang orang dinyah negeri;
s 7BSection 7B
FM Page 10 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 11
apabila seseorang orang diusir pada kesudahannya dibawa keluar dari Persekutuan; atau
apabila seseorang orang terhad diletakkan di bawah kediaman terhad, dan hendaklah mengemukakan borang yang telah disahkan dengan sewajarnya itu kepada Pendaftar dan Pendaftar itu hendaklah
(tertakluk kepada Akta ini) menyimpan borang itu.
Tertakluk kepada seksyen 12, Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan—
suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak di Ibu Kota;
suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sabah di Sabah; dan
suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sarawak di Sarawak.
Pendaftar boleh menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan mana-mana negara di luar Persekutuan yang suatu perintah mengenainya telah dibuat menurut seksyen 4 jika butir-butir boleh daftar itu dikemukakan kepadanya oleh
Kerajaan negara itu.
Tiap-tiap orang yang butir-butir boleh daftar mengenainya diambil menurut seksyen 5 dan 6 hendaklah menandatangani borang cap jari atau jika orang itu tidak boleh menandatangani dia hendaklah menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu, dan borang itu hendaklah ditandatangani balas oleh pegawai merekod atau pegawai pengesahan mengikut kehendak keadaan itu.
Tiap-tiap orang yang enggan supaya apa-apa butir boleh daftar mengenainya diambil atau enggan menandatangani borang cap jari atau menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu apabila 7B.FM Page 11 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
12
Undang-Undang Malaysia dikehendaki supaya berbuat demikian dengan sahnya oleh seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan boleh menurut seksyen 5 dan 6 menggunakan kekerasan yang perlu atau munasabah.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (2) dan (3), Pendaftar atau pegawai polis, mengikut kehendak keadaan itu hendaklah—
jika seseorang dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar, dengan serta-merta menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya; atau
jika seseorang itu didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar, tanpa direkodkan sabitannya, menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya, apabila habis tempoh percubaan atau tempoh ikat jamin supaya berkelakuan baik atau apa-apa tempoh lain di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan)
melainkan jika tertuduh itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh itu.
Jika tiada apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1)
dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembebasan dan pelepasan atau habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) Pendaftar hendaklah memusnahkan borang cap jari, gambar foto dan negatif gambar foto itu.
Jika di bawah perenggan (1)(b) orang itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh yang disebut dalam perenggan itu, maka Pendaftar hendaklah 7B.FM Page 12 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 13
bagi maksud Akta ini menyimpan borang cap jari itu dan merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang itu
(termasuklah butir-butir kedua-dua kesalahan itu) dalam daftar seolah-olah dia telah disabitkan bagi kedua-dua kesalahan itu walaupun Mahkamah mengecualikan perintah sabitan berkenaan dengan kesalahan yang kemudiannya itu.
Tertakluk kepada seksyen 13, subseksyen (1) dan (2)
tidaklah dipakai kepada mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah atau orang diusir.
Tertakluk kepada subseksyen (2) tiap-tiap—
borang cap jari jika disahkan dengan sewajarnya oleh pegawai pengesahan;
perakuan, suratan atau cabutan (sama ada berhubung dengan cap jari atau selainnya) yang—
berdasarkan catatan yang dicabut daripada daftar; dan
diperakui oleh Pendaftar sebagai dicabut sedemikian; atau
perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa—
cap jari seseorang telah dibandingkan dengan cap jari yang lain yang diambil dahulunya atau kemudiannya; dan
cap jari yang telah dibandingkan itu ialah cap jari orang itu juga, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mahkamah dan menjadi bukti yang cukup mengenai perkara yang diperihalkan dalamnya melainkan jika akasnya dibuktikan.
Apabila apa-apa perakuan yang dirujuk dalam perenggan
itu diterima sebagai keterangan dalam mahkamah, mahkamah atau tertuduh boleh menyaman Pendaftar sebagai seorang saksi dan jika tertuduh berbuat demikian dia hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan itu.
s 7BSection 7B
FM Page 13 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
14
Undang-Undang Malaysia
Suatu sabitan yang dahulu dalam sesuatu negara atau di dalam mana-mana bahagian sesuatu negara (yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 4) di luar Persekutuan boleh dibuktikan dengan pengemukaan perakuan yang dibuat oleh seseorang pegawai yang berkuasa yang memperakui bahawa cap jari seseorang tertuduh telah dibandingkan dengan cap jari seseorang yang telah disabitkan dahulunya dan bahawa cap jari itu ialah cap jari orang itu juga.
Bagi maksud seksyen ini “pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang dibenarkan oleh kerajaan negara itu atau kerajaan mana-mana bahagian sesuatu negara untuk menyimpan dan menyenggarakan cap jari dan butir-butir lain yang disifatkan sebagai butir-butir boleh daftar menurut seksyen 4.
Apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai yang berkuasa hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, menjadi keterangan mengenai semua perkara yang diperihalkan dalamnya termasuk tandatangan dan kuasa pegawai yang berkuasa itu.
Ketua Polis Negara boleh mengarahkan supaya mana-mana orang selain seorang orang dibuang negeri, diusir, dinyah negeri atau orang terhad yang—
disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
apabila disabitkan telah dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi seratus ringgit;
apabila disabitkan tidak dikenakan hukuman pemenjaraan selama sesuatu tempoh yang bukan hukuman pemenjaraan kerana tidak membayar denda; dan
sebelum ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis Semenanjung
Malaysia, Sabah atau Sarawak yang memperkatakan 7B.FM Page 14 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 15
pendaftaran penjenayah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dikecualikan daripada peruntukan Akta ini.
Pendaftar hendaklah, apabila arahan diberikan, menyimpan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang telah disabitkan itu selama satu tahun mulai dari tarikh sabitan itu dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), memusnahkannya dengan serta-merta.
Ketua Polis Negara boleh, menurut subseksyen (1), membatalkan arahan tersebut sebelum habis tempoh itu dan berikutan dengannya Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang disabitkan itu menurut seksyen 7 dan memaklumkan orang itu tentang pembatalan tersebut.
Seksyen ini tidak dipakai kepada subseksyen 9(3).
Sesiapa jua yang terkilan dengan pembatalan itu boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dimaklumkan tentang pembatalan itu.
s 13Menteri boleh memerintahkan penghapusan butir-butir mengenai orang dibuang negeri, dsb
Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta memerintahkan supaya dihapuskan butir-butir boleh daftar mengenai mana-mana orang dibuang negeri, dinyah negeri atau orang terhad (yang tidak disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar) apabila habis tempoh perintah pembuangan negeri atau pengenyahan itu atau selepasnya atau apabila perintah pembuangan negeri, pengenyahan atau kediaman terhad itu dibatalkan.
s 14Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menguatkuasakan maksud dan peruntukan Akta ini.
Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam
Warta meminda Jadual Pertama dan Kedua.
s 7BSection 7B
FM Page 15 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
16
Undang-Undang Malaysia
Ketua Polis Negara boleh melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, menetapkan borang cap jari atau apa-apa borang lain yang disifatkannya suai manfaat bagi maksud Akta ini.
Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Bahagian I
Jadual Ketiga adalah termansuh dan undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga setakat yang dinyatakan dalamnya sebagai dipinda adalah dengan ini dipinda dengan sewajarnya.
Apa-apa pemansuhan tidaklah mengganggu keberterusan taraf, perjalanan atau kuat kuasa mana-mana kaedah, peraturan, perintah, kelulusan, arahan, borang, rekod, daftar, cap jari, gambar foto, perakuan, suratan atau butir-butir penjenayah, orang dibuang negeri, dinyah negeri, diusir, terhad atau orang lain yang diambil, direkodkan, digunakan, dimasukkan, disimpan atau disenggarakan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.