Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

10. Bukti mengenai cap jari dan sabitan yang dahulu

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) tiap-tiap—

(a)

borang cap jari jika disahkan dengan sewajarnya oleh pegawai pengesahan;

(b)

perakuan, suratan atau cabutan (sama ada berhubung dengan cap jari atau selainnya) yang—

(i)

berdasarkan catatan yang dicabut daripada daftar; dan

(ii)

diperakui oleh Pendaftar sebagai dicabut sedemikian; atau

(c)

perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa—

(i)

cap jari seseorang telah dibandingkan dengan cap jari yang lain yang diambil dahulunya atau kemudiannya; dan

(ii)

cap jari yang telah dibandingkan itu ialah cap jari orang itu juga, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mahkamah dan menjadi bukti yang cukup mengenai perkara yang diperihalkan dalamnya melainkan jika akasnya dibuktikan.

(2)

Apabila apa-apa perakuan yang dirujuk dalam perenggan

(1)

(c)

itu diterima sebagai keterangan dalam mahkamah, mahkamah atau tertuduh boleh menyaman Pendaftar sebagai seorang saksi dan jika tertuduh berbuat demikian dia hendaklah memberikan notis kepada Pendakwa Raya tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan itu.

Report