3. Pelantikan pegawai
Feedback & supportYang di-Pertuan Agong boleh melantik melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta bagi maksud Akta ini—
(a)
seorang Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan;
(b)
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian
Persekutuan; dan
(c)
mana-mana pegawai lain bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian Persekutuan untuk menjalankan mana-mana atau semua fungsi Pendaftar.