Seksyen 11
of Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969
Seksyen 11
Suatu sabitan yang dahulu dalam sesuatu negara atau di dalam mana-mana bahagian sesuatu negara (yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 4) di luar Persekutuan boleh dibuktikan dengan pengemukaan perakuan yang dibuat oleh seseorang pegawai yang berkuasa yang memperakui bahawa cap jari seseorang tertuduh telah dibandingkan dengan cap jari seseorang yang telah disabitkan dahulunya dan bahawa cap jari itu ialah cap jari orang itu juga.
(2)
Bagi maksud seksyen ini “pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang dibenarkan oleh kerajaan negara itu atau kerajaan mana-mana bahagian sesuatu negara untuk menyimpan dan menyenggarakan cap jari dan butir-butir lain yang disifatkan sebagai butir-butir boleh daftar menurut seksyen 4.
(3)
Apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai yang berkuasa hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, menjadi keterangan mengenai semua perkara yang diperihalkan dalamnya termasuk tandatangan dan kuasa pegawai yang berkuasa itu.