4. Menteri boleh menyifatkan atau mengisytiharkan butir-butir lain sebagai butir-butir boleh daftar
Feedback & supportMenteri boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—
menyifatkan bagi maksud Akta ini butir-butir (yang dikemukakan kepada Pendaftar) mengenai orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan (sama ada suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta ini atau selainnya) di dalam mana-mana negara atau butir-butir mengenai orang yang dibuang negeri, dinyahkan atau diusir dari mana-mana negara atau dari mana-mana bahagian sesuatu negara di luar Persekutuan sebagai butir-butir boleh daftar; atau 7B.FM Page 8 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 9
mengisytiharkan bagi maksud Akta ini mana-mana butir (selain butir-butir boleh daftar yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (d) dalam takrif “butir-butir boleh daftar”) sebagai butir-butir boleh daftar.
Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) mungkin secara am berkenaan dengan apa-apa butir atau kesalahan atau mungkin secara khas berkenaan dengan mana-mana negara atau mana-mana bahagian sesuatu negara atau berkenaan dengan orang perseorangan, suatu golongan orang perseorangan yang tertentu atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan.