Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

7. Hendaklah disimpan daftar mengenai butir-butir boleh daftar

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen 12, Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan—

(a)

suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak di Ibu Kota;

(b)

suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sabah di Sabah; dan

(c)

suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan Sarawak di Sarawak.

(2)

Pendaftar boleh menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar yang mengandungi butir-butir boleh daftar yang berhubungan dengan mana-mana negara di luar Persekutuan yang suatu perintah mengenainya telah dibuat menurut seksyen 4 jika butir-butir boleh daftar itu dikemukakan kepadanya oleh

Kerajaan negara itu.

Report