Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

6. Fungsi pegawai pengesahan

Feedback & support

Seorang pegawai pengesahan hendaklah mengesahkan borang cap jari—

(a)

manakala tamatnya kes itu jika seseorang —

(i)

dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar;

(ii)

didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana-mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan; atau

(iii)

disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar;

(b)

apabila seseorang orang dibuang negeri itu pada kesudahannya dibawa keluar dari Persekutuan;

(c)

apabila suatu perintah pengenyahan disampaikan kepada seorang orang dinyah negeri;

Report