Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian III · Jalan

88D. Kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan caj

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, boleh meminta, memungut dan menyimpan caj yang ditetapkan di bawah Bahagian ini.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau

Pihak Berkuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan caj yang ditetapkan di bawah Bahagian ini, atas apa-apa syarat yang difikirkannya perlu.

(3)

Apabila Menteri telah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan caj di bawah subseksyen (2), hendaklah disifatkan bahawa pegawai Pihak Berkuasa

164 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

telah diberi kuasa dengan sewajarnya untuk meminta, memungut dan menyimpan caj sedemikian bagi pihak Pihak Berkuasa itu.

(4)

Menteri boleh membatalkan mana-mana pemberikuasaan yang dibuat di bawah subseksyen (2) tanpa memberikan apa-apa sebab.

Report

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules