Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian III · Jalan

88C. Caj jalan bagi kenderaan motor

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Bahagian ini, hendaklah dikenakan ke atas tiap-tiap kenderaan motor yang memasuki

Malaysia melalui darat mengikut pintu masuk yang dibenarkan suatu caj jalan bagi kenderaan motor.

(2)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menetapkan jenis atau kelas kenderaan motor yang berkenaan dengannya caj kena dibayar;

(b)

menetapkan amaun bagi caj yang kena dibayar; dan

(c)

menyatakan cara pembayaran caj dan tempat di mana pembayaran itu boleh dipungut.

(3)

Caj yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh orang yang pada masa itu memandu kenderaan motor itu.

Report

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules