Akta Pengangkutan Jalan 1987 · Updated to 15 Oct 2023 · Bahagian III · Jalan
88F. Kewajipan untuk mengemukakan perakuan pendaftaran, dsb
Feedback & supportOrang yang pada masa itu memandu suatu kenderaan motor hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai pengangkutan jalan, pegawai awam atau pegawai Pihak Berkuasa yang diberi kuasa di bawah seksyen 88D, mengemukakan apa-apa perakuan pendaftaran, lesen, permit atau apa-apa dokumen lain yang seumpama itu yang dikeluarkan berkenaan dengan kenderaan motor itu oleh pihak berkuasa yang patut dalam negara asing yang di dalamnya kenderaan motor itu telah didaftarkan.