Seksyen 36
Seksyen baharu 119c
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
Amendment ActIn forceProvision 36 of 41
Seksyen 36
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 119b seksyen yang berikut:
“Larangan kenderaan motor daripada memasuki atau keluar dari Malaysia 119c.
Ketua Pengarah, pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan boleh melarang mana-mana kenderaan motor yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta ini daripada memasuki atau keluar dari Malaysia jika terdapat apa-apa perkara atau hal yang belum selesai yang berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini,
Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
atau Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.