Seksyen 33
Seksyen 118 Akta ibu dipinda—
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
(ii)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan
“; atau”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (d)
perenggan yang berikut:
“(e) dengan menyampaikan notis itu dalam bentuk mesej elektronik melalui sistem memproses maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) yang dipotong subseksyen yang berikut:
“(5) Jika sesuatu notis disampaikan melalui mesej elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan apabila mesej elektronik itu memasuki sistem memproses maklumat yang didaftarkan kepada orang itu.”.